Isnin, 15 Mei 2017

SOALAN LAZIM (FAQ) 1

Mengenai Saudagar Seafood:

Apakah Saudagar Seafood?
Saudagar Seafood adalah sebuah platfom atas talian bagi membeli hasil laut segar dan sejuk beku dengan cepat, mudah & selesa.

Siapakah Saudagar Seafood?
Saudagar Seafood adalah sebuat start-up perniagaan hasil laut atas talian yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Azzarizal Mohd Zainol dan pengasas bersama Faruk Hassan pada tahun 2016.

Di manakah Saudagar Seafood Beroperasi?
Saudagar Seafood beroperasi secara atas talian di www.saudagarseafood.com dan buat masa ini juga turut beroperasi secara fizikal di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.


Mengenai Perkhidmatan

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Saudagar Seafood?
Saudagar Seafood menawarkan perkhidmatan membeli hasil laut segar dan sejuk beku secara atas talian dengan 3 langkah mudah – PILIH, BAYAR & TERIMA.


Apakah Perkhidmatan Tambahan Yang Ditawarkan Oleh Saudagar Seafood?
Selain daripada kemudahan pembelian dan bayaran secara atas talian yang memudahkan dan menjimatkan anda, kami juga memudahkan anda dengan melakukan kerja-kerja pemprosesan seafood yang dibeli oleh anda seperti siang dan cuci. Tidak cukup dengan itu, kami juga akan pek seafood yang anda beli secara berasingan supaya mudah bagi anda untuk memasak.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Caj Servis?
Caj servis adalah caj tambahan yang dikenakan di atas setiap pembelian. Caj servis merangkumi:-
1. Pemprosesan
2. Kawalan Kualiti
3. Pembungkusan
4. Penghantaran

Berapakah Caj Servis Yang Dikenakan?
Caj servis yang dikenakan adalah RM15 bagi setiap pesanan.

Dimanakah Kawasan Penawaran Perkhidmatan?
Buat masa ini, Saudagar Seafood menawarkan perkhidmatan ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. In Sha Allah, dengan sokongan anda semua, Saudagar Seafood akan dapat meluaskan perkhidmatan secara berperingkat ke seluruh bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2018 dan ke seluruh Malaysia menjelang tahun 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Preview Cara Order Tawaran Rm17

Klik pada gambar ni 1.Login rebrand.ly/beliikan   2.Register akaun anda 3.Login menggunakan akaun anda tadi Mula-mula kena Signin ...